Tuesday, March 23, 2010

PENGENALAN

Bengkel Daya Sungai Petani adalah merupakan milik penuh Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Ianya telah ditubuhkan pada pertengahan Oktober 2009 dan beroperasi sepenuhnya pada November 2009. Bertempat di dalam Bengkel Daya Sungai Petani, Kompleks Kebajikan Masyarakat, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah. Penubuhan bengkel ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif pihak Bengkel Daya Sungai Petani bertujuan untuk memberikan peluang pekerjaan sejurusnya mendatangkan pendapatan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak dapat untuk bekerja/bersaing di pasaran terbuka.

Bengkel ini diselia oleh seorang penyelia dan seorang pembantu operasi yang bertanggungjawab untuk memastikan semua kerja berjalan dengan baik dan lancar. Bengkel dobi ini mempunyai seramai empat (4) orang kakitangan pekerja OKU yang ditugaskan untuk membuat kerja-kerja yang diarahkan. Pendapatan bulanan (gaji) semua pekerja OKU tersebut bergantung sepenuhnya pada hasil pendapatan daripada pekerjaan(berdasarkan perkhidmatan yang diterima) yang dilakukan. Pekerja OKU yang ditempatkan di Bengkel dobi ini telah dilatih dari semasa ke semasa untuk lebih mahir dalam pengendalian tugas.

Dobi BDSP masih berusaha untuk memperluaskan lagi pasaran dengan mempergiatkan usaha untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan yang tetap untuk menggunakan perkhidmatan Dobi BDSP bagi menambahkan lagi pendapatan pekerja OKU. Dobi BDSP turut mensasarkan pasaran ke hotel-hotel, sekolah-sekolah berasrama, hospital dan pusat-pusat latihan berhampiran serta orang perseorangan.

Perkhidmatan yang disediakan :
Mencuci, menggosok, dan cucian kering untuk ;
  • Pakaian Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak
  • Pakaian Sekolah, Beruniform, Jaket, Kot
  • Pakaian Pengantin
  • Toto, Cadar, Sarung Bantal, Selimut, 'Comfoter'
  • Langsir, Sarung Kusyen, 'Table Cloth'
  • Karpet

DOBI BDSP turut menyediakan perkhidmatan servis mengambil dan menghantar dari rumah ke rumah dan pejabat. **tertakhluk kepada syarat dan terma"

No comments:

Post a Comment